Bakal Suami Isteri, Bakal Mama Papa. Tips Mengandung, Bersalin dan Berpantang

BAYI KUNING . PETUA DAN RAWATAN TRADISI TURUN TEMURUN.


Bayi Kuning!! (Jaundis)



Lazimnya bayi yang baru dilahirkan mengalami masalah kuning (jaundis). Kuning biasanya muncul di sekitar hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Ia bermula dari kepala bayi dan bergerak ke bawah. Kulit bayi berwarna kuning akan kelihatan kuning pada mulanya di muka, diikuti bahagian dada dan perut, dan akhirnya, kaki. Ia juga boleh menyebabkan bahagian mata putih bayi muncul kekuningan. Keadaan ini biasanya tidak serius dan biasanya hilang selepas seminggu atau lebih.
Tanda-tanda kuning?
Ya, kulit bayi berubah ke warna kekuningan dan kelihatan seolah-olah bayi terdedah kepanasan. Warna mata (bahagian putih) bertukar kekuningan. Bayi juga tidak aktif dan kerap tidur.
Apa yang menyebabkan Bayi Kuning?
Bayi yang dilahirkan dengan tahap billirubin tinggi dalam darah, bilirubin ialah pigmen terbentuk hasil tindakbalas keatas sel-sel merah dalam darah.
Paras bilirubin yang tinggi menyebabkan lebih banyak bilirubin terapung dalam darah dan bayi menjadi kuning.
Bilirubin dihapuskan dari badan melalui hati. Hati bayi yang baru lahir biasanya mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan mengeluarkan semua Bilirubin dalam darah. Ia dikeluarkan dari badan bayi melalui najis. Selalunya mengambil masa seminggu atau lebih untuk hati untuk memecahkan . Dalam tempoh ini, bayi akan mengalami tidur berpanjangan dan tidak selesa akibat kekuningan ini.
Bagaimana- Diagnosis?
Tanda pertama kuning adalah perubahan warna kulit. Satu sampel darah akan diambil (biasanya sampel kecil dari tumit bayi) dan tahap  Bilirubin akan diperiksa.
Rawatan?
Pendedahan kepada cahaya matahari akan membantu memecahkan bahan kimia. Jika anda masih di hospital, bayi akan diletakkan di bawah lampu neon yang terang untuk suatu tempoh yang ditetapkan. Rawatan berterusan ini mengambil beberapa hari sehingga warna kekuningan akan pudar.
Jika anda berada di rumah, dedahkan bayi di pagi hari sebanyak yang mungkin (tanpa pakaian). Sebaiknya ditepi tingkap - tetapi berhati-hati untuk tidak mendedahkan bayi secara langsung sinaran matahari kerana dibimbangi bayi mengalami kepanasan.
Penyusuan susu ibu juga membantu. Penyusuan yang kerap menyebabkan bayi kencing atau buang air besar kerap. Seterusnya  dapat mengeluarkan dan membersihkan Bilirubin lebih cepat.
Bagaimana Jika gejala masih berlarutan?
Jika gejala berterusan selepas dua minggu (jarang berlaku), ia boleh membawa komplikasi lain dan anda perlu merujuk Doktor Peadiatrik. Apabila bayi kuning bertambah teruk, ia akan menyebabkan Kernicterus. Kernicterus adalah sejenis kerosakan otak disebabkan tahap Bilirubin tinggi dalam darah bayi. Bayi yang mengalami Kernicterus menghadapi masalah gigi, pendengaran dan lebih teruk mungkin sindrom intellectual disabilities.

Bagaimana untuk memeriksa penyakit kuning dan apa yang perlu dilakukan?

1)  Sebaiknya periksa Kuning pada siang hari menggunakan cahaya semula jadi. Dukung bayi berhampiran pintu atau tingkap.

2)  Bermula dari muka, gunakan jari anda dan tekan pada kulit dan cepat lepaskan.
3)  Jika kawasan yang ditekan tadi masih kelihatan kuning, bayi mungkin kuning
4)  Tekan juga diperut hingga ke kaki.
5)  Jika warna kuning hanya pada muka sahaja, maka tahap penyakit kuning sederhana.
6)  Kejutkan bayi anda (jika tidur) dan susukan (susu ibu) dengan kerap.
7)  Dukung bayi berdekatan dengan tingkap yang cerah di pagi hari.
8) Jangan dedah/jemur bayi secara langsung dibawah sinaran matahari kemungkinan kepanasan dan elakkan tiupan angin (kuat) dibimbangi bayi kesejukkan.
9)  Jika bersusu, elakkan pemakanan halia untuk 10 hari pertama selepas bersalin. Halia boleh melambatkan proses hati berfungsi untuk membuang bilirubin (yang tinggi dalam darah).

Petua-petua tradisional Rawat Kuning 


Oleh : nenek kebaya  

“Ni cara Aku rawat kamu  kuning dulu. Last-last hospital...bla.bla....” 

1) Susuan Ibu. Lagi KERAP lagi bagus (walaupun sedikit).2) Jangan Biarkan Bayi TIDUR Berpanjangan –kejutkan dia untuk dineneng.3) Dukung biar kena matahari (8-9am)- Kejutkan dia bagitahu fadhilat dhuha.4) (Ibu)Berhenti makan jamu/ubat herba seketika – Lepas sihat bayi sambung semula.5) KEJUTkan bayi lagi (setiap waktu solat). Bagi minum air zam-zam,bagi kurma (dikunyat lembut)- macam belah mulut bayi. Suap juga untuk ibu lebihan kurma dan air tadi.


6) Urut lembut dan manja untuk bayi sahaja !! Belai satu badan sambil berselawat atau bertasbih. 
7) Tiada Warna Kuning- Pakaian, cadar, batal, kain bekung, tuala, botol hinggakan langsir perlu dielakkan....yang ini selalu kami abaikan.
8) Lejen teknik. Katil Salaian (tak pernah dengar kan !! ) - Ibu baring atas katil salaian (arang panas membara- bawah katil) sambil bayi baring atas perut ibu...google tengok contoh seksaan cara lejen ni. (http://norwidadi.blogspot.com/2012/09/berpantang-cara-terengganu.html)




Sebenarnya amalan tersebut boleh dilakukan tidak kira samada bayi kuning atau sebaliknya.... Insya Allah.

Moralnya admin simpulkan KERAP MENYUSU BAYI DENGAN SUSU IBU (SETIAP 2 JAM) DAN JANGAN BENARKAN BAYI TIDUR BERPANJANGAN- KEJUTKAN SI COMEL !!. LAGI BAGUS DIA KUAT BUANG AIR BESAR DARI KITA BUANG AIRMATA.






0 komen untuk "BAYI KUNING . PETUA DAN RAWATAN TRADISI TURUN TEMURUN."

Back To Top