Bakal Suami Isteri, Bakal Mama Papa. Tips Mengandung, Bersalin dan Berpantang

Amalan Berpantang - Pemakanan


Amalan Berpantang  Selepas Melahirkan Anak
Makanan dan Minuman
Oleh nenek kebaya

Ramai ibu selepas bersalin tidak lagi mengamalkan amalan Berpantang. Amalan berpantang tradisional mahupun moden. Amalan ini diamalkan dari nenek moyang kita hingga sekarang. Namun wanita moden sekarang tidak lagi terutama  bekerjaya mengambil langkah mudah antaranya pendekatan rawatan kesihatan dan ubatan moden.

Hakikatnya ramai juga mengabaikan amalan ini. Dek alasan masa dan disiplin yang cukup ketat ramai ibu-ibu curi tulang dan hanya berlakon sahaja. Tahniah- bagi mereka yang mengamalkannya. Anda berjaya menyelami pengalaman seksa dan nikmatnya seperti mana  ibu anda berpantang.  Anda dapat merasai  perubahan dari segi fizikal dan metal yang sempurna dalam masa terdekat mahupun usia tua nanti -  Insya Allah. Lagi pun anda bercuti 60 hari. Nenek percaya ramai kaum suami memaksa, tapi tak kemana.

Sebagai bandingan, lihatlah mereka yang mengamalkan atau sebaliknya. Anda mampu mengubahnya.  Antara amalan berpantang kononnya susah,cerewet tapi  sebenarnya tidaklah susah sangat.

PEMAKANAN DAN MINUMAN

Makanan dan minuman yang anda ambil ini bukan sahaja memberi kesan kepada diri anda, bahkan ianya akan mempengaruhi bayi anda. Susu  dihasilkan dari pemakanan anda. Tetiba bayi anda sakit perut ataupun sembelit, ianya mungkin dari makanan dan minuman anda. Biasanya terjadi kepada ibu-ibu yang tidak berpantang, kadang-kadang kesan ubat atau jamu-jamu khas ibu bersalin. Biasanya pengeluar ubat/jamu akan memberi maklumat kesan sampingan. Tak percaya cubalah.


Seafood = Pantang
 “Itu ini semuanya pantang”.  Ikan Tongkol,Duri, Pari, kembung ,Cencaru (jaket),parang, Apatah lagi udang,sotong,ketam, kerang dan bla.bla….. . Senang cerita, makanan ala-ala seafood semuanya pantang. Alasan Nenek ianya boleh menyebabkan kegatalan. Kegatalan ditempat luka. Luka dari kesan jahitan tu. Dah gatal mulalah nak garu, pahtu berdarah..lagi teruk berkudis.. dan tentu  berbau busuk..penyudahnya lambatlah sembuh.  “kan dah bentan pintu raham tu”.

Masakan boleh dipanggang,rebus,dan kukus.


Dulu-dulu nenek makan ikan dan ayam  . Ikan selar papan, Sardin,
daging ayam. Pastikan makanan segar. Makanan ni dipanggang + lada hitam ditumbuk kecil + kunyit debu + garam.




14 hari pertama kena makan ikan haruan
 dipanggang kunyit dan kekadang sup... (terliur jap).Pusing-pusing menu ni juga.  Sekarang sup pati haruan banyak kat farmasi. Genap 60 hari baru nenek culas sikit.hehehehe.





Sejuk dan Berangin = Pantang

Nampak berkhasiat tapi PANTANG.  Sayuran dan ulam seperti Pucuk Ubi,pucuk paku,pucuk labu, petai,jering,bayam,rebung, segala kacang, sayur keladi,timun , kangkung,labu petola dan bla.bla…patut dielakan sementara waktu. 

Jenis menjalar dan katagori sejuk = Pantang

Makanlah makanan bervitamin A,C dan E atau bersifat anti oksidan. Banyakkan ulaman yang kaya dengan zat galian dan zat galian(mineral). Biasanya nasi nenek bersama lauk yang mengandungi  kunyit,lengkuas,halia,bawang putih,daun kesum,bunga kantan dan cekur(daun atau ubi).

Takkan nasi dengan lauk herba jea!!  Hidangkan ulam-ulaman .
Ulaman seperti ulam raja, daun pegaga, daun sekentut, daun lamuni hitam,daun kari, daun pudina,daun bebuas, daun ruku, pucuk mengkudu, beka (pucuk buah muda) dan banyak lagilah. Kegemaran nenek Bunga Kunyit. Potong  dan  dikunyat begitu saja. Enak dan penuh mujarab.


Paling pantang minuman bergas. Air buah-buahan  seperti tebu , jambu,nanas ,durian belanda, kelapa, pisang ,ciku, nangka, cempedak, belimbing, tembikai…ala..majoriti air buah kat restoran tu  semuanya TIDAK. Apa jenis minuman sejuk  pun semuanya bahaya. Hatta Jus Pegaga ais, apatah lagi fresh oren.  Buah-buahan tu katagori sejuk dan bisa sebabnya nenek moyang dah kaji katanya boleh menyebabkan sakit-sakit tulang,sendi dan otot.  Nenek yakin alasan tersebut.

Minum jea air suam dan ubat herba . Paling mudah  air milo. Sebenarnya banyak air akar kayu ni. Biasanya ramuan air akar kayu mengandungi halia bara,mas cotek,kacip fatimah,daun beka,ubi cekur,daun senduduk dan macam lagilah. Biasanya nenek beli jea air akar kayu ni kat penjual ubatan tradisional. Malah nenek dengar ada yang guna akar kayu tradisional Cina - kedai Sengse. Terpulanglah asalkan bersih dan halal. Percayalah amalan minum air akar kayu dapat mengembalikan kesegaran, mengecutkan rahim dan boleh membentuk badan asal kembali.

Nenek dengar ada petua minum air akar kayu ni. Minum air akar kayu dan jamu 
1- Tekan ibu jari kaki kanan dengan ibu jari kaki kiri
     (supaya rahim dan punggung tidak kembang).
2- Tangan kiri digunakan untuk mengampu payudara agar tegang sentiasa.
3- Selawat sebanyak 3 kali,
4- Tarik nafas dan
5- Kempiskan perut agar perut tidak buncit.
6- Minum secara senafas agar tidak terasa mual 

Semoga ibu-ibu sihat dan berjaya kembali bentuk badan ideal. Amal amalan berpantang
Insya Allah.


0 komen untuk "Amalan Berpantang - Pemakanan"

Back To Top